Perlukah Buat Senaman Jika Ingin Kuruskan Badan Dengan Cepat?

Anda tidak perlu melakukan senaman yang berat-berat sebenarnya. Senaman yang ringan dan ringkas juga boleh bantu anda kuruskan badan dengan cepat dan "maintain" slim.

Seperti dalam video ni, anda boleh buat di rumah sahaja, mengikut masa yang bersesuaian dan tanpa menggunakan sebarang peralatan canggih.

Apa yang penting ialah cuba untuk konsisten, sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Dan "enjoy" dengan rutin senaman anda.


.

.

.

.

,



Metabolisma - Faktor PALING PENTING Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat

PUNCA UTAMA berat badan anda naik sebenarnya adalah disebabkan HANYA SATU faktor penting. Faktor ini jugalah yang akan memastikan sama ada anda berjaya atau tidak kuruskan badan dengan cepat.
.

Faktor itu ialah KADAR METABOLISMA

Jika kadar metabolisma anda rendah - berat badan senang naik dan sukar untuk turunkannya semula

Jika kadar metabolisma anda tinggi - mudah untuk anda kuruskan badan dengan cepat dan kekal lansing berterusan.
.
.

APA ITU METABOLISMA?

kuruskan badan dengan cepat, turunkan berat badan, metabolisma

Jangan risau. Walaupun bunyinya agak saintifik, ia sebenarnya mudah untuk difahami.

Metabolisma adalah proses semulajadi dalam tubuh. Ia ibarat “enjin” yang “membakar” apa yang kita makan. Hasil dari "pembakaran" ini ialah tenaga.

Tenaga inilah yang anda gunakan setiap masa untuk melakukan segala tugasan harian anda.

Kadar metabolisma ini adalah berbeza bagi setiap individu. Ada manusia dilahirkan dengan kadar metabolisma yang sentiasa aktif dan ada pula yang sebaliknya.

Mungkin anda sendiri pernah lihat ada dikalangan rakan-rakan anda yang tetap kurus walaupun mereka tidak mengawal apa yang dimakannya. Mereka ni sebenarnya memiliki metabolisma yang tinggi.

Apa sahaja yang mereka makan akan cepat bertukar menjadi tenaga manakala yang tak jadi tenaga itu akan menjadi sisa toksik seperti tahi, air kencing dan sebagainya

Bagi mereka yang kadar metabolismanya rendah, proses penukaran bahan makanan kepada tenaga berlaku dengan perlahan. Ini menyebabkan lemak menjadi terkumpul dengan mudah dan sukar untuk kuruskan badan dengan cepat.

Namun jangan bimbang. Kadar metabolisma ini boleh ditingkatkan secara semulajadi supaya ia ‘bekerja’ dengan efisyien.

Salah satu cara yang terbukti berkesan ialah dengan mengambil makanan yang betul

Berikut adalah diantara makanan yang sangat berkesan meningkatkan kadar metabolisma tubuh:

- Teh Hijau
- Yogurt
- Almond
- Kopi
- Ayam turki / ayam belanda
- Epal
- Bayam
- Kekacang    
- Brokoli
- Kari
- Susu soya
- Oat
- Kayu manis
- Cabai muda
- Blueberries
.
.
.

Ingin Cepat Kuruskan Badan? Jangan Tinggalkan Sarapan



Ramai juga yang meninggalkan sarapan pagi kerana beranggapan ianya boleh membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.

Ini adalah teori yang salah sama sekali.

Sarapan amat penting kerana ia adalah perkara pertama dalam rutin harian yang akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh anda.

Metabolisma yang tinggi akan membakar lemak dengan lebih efisyen. Ini akan mempercepatkan proses menurunkan berat badan anda.

Tidak pasti apa itu metabolisma? Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di dalam post ini => "Metabolisma - Faktor Paling Penting Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat"


Tubuh yang diberi makanan yang betul pada masa yang tepat akan bekerja dengan lebih baik untuk membakar lemak berlebihan. Disamping itu, proses ini juga akan menghasilkan tenaga.

Sarapan yang betul akan menghasilkan kadar metabolisma yang tinggi sepanjang hari!

Jika anda tinggalkan sarapan, anda akan cepat berasa lapar kemudiannya. Perut yang lapar akan menyebabkan tubuh rasa lemah.

Tubuh yang lemah lazimnya akan lebih cenderung untuk makan makanan yang bergula untuk mendapatkan tenaga segera.

Oleh kerana kadar metabolisma anda rendah sebab tidak bersarapan, proses pencernaan makanan akan perlahan.

Akibatnya, manisan yang dimakan akan mudah terkumpul sebagai lemak berlebihan yang menyebabkan kegemukan.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, usaha anda untuk kuruskan badan dengan cepat akan bertambah sukar.

Apa yang anda perlu amalkan ialah memerhatikan apa yang dimakan dan kadar pengambilannya. Makanan yang baik jika diambil berlebihan JUGA boleh mendatangkan masalah.

Sederhana adalah kuncinya.
.
.
.

Cara Terbaik Untuk Mula Kuruskan Badan Dengan Cepat



Jika anda terasa berat badan anda sudah mula naik, ada beberapa cara berkesan yang boleh membantu untuk mula mengurangkan lemak yang sudah terkumpul itu.

Antara cara terbaik untuk memulakan proses menyingkirkan lemak supaya dapat kuruskan badan ialah mula makan banyak buah-buahan.

Buah-buahan juga adalah diantara sumber karbohidrat yang terbaik. Karbohidrat dari buah-buahan akan membuatkan anda rasa kenyang. Anda juga tidak perlu bimbang akan risiko lemak akan berkumpul.

Kurangkan kabohidrat ringkas seperti gula dan tepung. Ia amat cepat diserap oleh sistem penghadaman tubuh, mengakibatkan terjadinya lebihan karbohidrat. Ini akan melambatkan usaha anda untuk kuruskan badan.

Lebihan kabohidrat ini akan bertukar menjadi lemak terkumpul. Untuk mengimbangi lebihan kabohiodrat ini, tubuh perlu menghasilkan insulin yang banyak.

Secara normalnya, tubuh tidak akan dapat menghasilkan insulin yang mampu mengimbangi lebihan kabohidrat.

Ini bukan sahaja menyebabkan proses untuk kuruskan badan menjadi semakin lambat, malah boleh menyebabkan penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis.

Di samping itu, buah-buahan juga boleh bantu singkirkan toksin yang merbahaya. Toksin inilah yang membuatkan anda sentiasa rasa lesu, lemah dan kurang bertenaga.

Diantara buah yang terbaik untuk menyingkirkan toksin dalam badan ialah buah epal.
.
.
.

Air Kosong Boleh Bantu Kuruskan Badan?



Ramai yang mengabaikan kelebihan minum air kosong. Walaupun panggilannya 'air kosong', kelebihannya sangat 'power' sebenarnya.

Minum air kosong, sama ada air mineral, air bertapis ataupun air masak adalah cara mudah untuk meningkatkan kesihatan disamping boleh membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.

Ia juga membantu penghadaman. Penghadaman yang lancar baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Dalam masa yang sama, perut kita akan rasa 'penuh'.

Jika anda terasa nak mengudap (mengunyah-ngunyah kerepek ubi, kacang atau yang sebagainya), cuba minum segelas penuh air kosong terlebih dahulu. Ada masanya kita mudah terkeliru apa sebenarnya yang tubuh kita minta. Perut kita cuma rasa 'kosong'.

Akibatnya, kita mengudap. Ini dengan mudah tambah 400 atau 500 kalori yang boleh jejaskan usaha anda nak turunkan berat badan. Sedangkan rasa 'kosong' tadi boleh dipenuhi dengan hanya segelas air.

Jika anda masih terasa lapar 15 minit selepas minum air kosong, barulah anda boleh makan. Pilihlah makanan yang betul. Makan buah adalah lebih baik daripada kerepek ubi atau kentang goreng sebagai kudapan.

Apatah lagi kalau kentang goreng tu dari McD. Lagi bahaya...

Elakkan minuman ringan (bergas) atau apa juga minuman yang mengandungi pemanis tiruan. Meninggalkan minuman bergula adalah diantara cara paling mudah untuk anda mula amalkan permakanan yang betul dan perbaiki kesihatan diri dengan cepat.

Suatu kajian yang dilakukan oleh The Institute of Medicine menyatakan bahawa kadar yang baik untuk minum air kosong dalam sehari adalah:

Lelaki - 3 liter atau 13 gelas

Perempuan - 2.2 liter atau 9 gelas
.
.
.

Khasiat Epal Hijau - Bantu Cepatkan Proses Menurunkan Berat Badan



Tidak ramai yang tahu tentang khasiat makan buah epal hijau. Ramai yang lebih meminati epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding epal hijau yang sedikit masam.

Mengunyah sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal hijau mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Ini akan membantu proses untuk kuruskan badan dengan cepat.
.
.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengawal dan mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal hijau bersama dengan kulitnya kerana sebahagian besar kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
.
.
.

Wanita Lebih Sukar Kuruskan Badan Berbanding Lelaki?



Seorang jurulatih bernama Bob Harper ada menyatakan di dalam majalah 'Time' bahawa sememangnya wujud beberapa sebab mengapa wanita lebih sukar untuk kuruskan badan dengan cepat berbanding lelaki.

Berikut adalah diantara 5 daripada sebab yang dinyatakan di laman web livestrong.com. 

Anda mungkin akan terkejut dengan sebab nombor 2.
.
.

1. Perbezaan Tubuh dan Metabolisma

Secara semulajadi, tubuh lelaki memiliki lebih banyak otot. Tubuh wanita pula mempunyai lebih banyak lemak. Lebih banyak otot akan menyebabkan metabolisma tubuh lebih tinggi.

Seperti yang pernah saya nyatakan dalam post sebelum ini, metabolisma yang lebih tinggi akan lebih mudah membakar lemak dengan cepat.

( Hmm...kaum hawa, mahukah anda membina otot untuk cepat kurus? ...)
.
.

2. Pengaruhi Emosi

Tidak dapat dinafikan, wanita sememangnya lebih beremosi. Menurut hasil kajian yang diterbitkan di dalam “Proceedings of the National Academy of Sciences”, wanita lebih sukar mengawal keinginan untuk makan ketika beremosi jika dibandingkan dengan lelaki. 

Ramai wanita didapati gemar makan apabila mereka kesunyian, murung dan tertekan (stress).

Ini merupakan salah satu faktor utama yang menyukarkan wanita menurunkan berat badan.
.
.

3. Kerap makan Tanpa Sedar

Seorang pakar diet, Marisa Sherry berpendapat, kebanyakan wanita tidak sedar tentang lebihan kalori yang mereka makan sepanjang hari. 

Tabiat gemar makan sambil menonton TV atau membaca boleh menyebabkan wanita tidak sedar mereka makan dengan banyak, walaupun mereka sebenarnya tidaklah begitu lapar.
.
.

4. Beberapa Masalah Kesihatan Asas

Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita mengalami satu masalah yang dipanggil "Sindrom Ovari Polycystic", atau PCOS. Masalah ini juga ada kaitan dengan paras gula dalam darah yang menyebabkan lemak mudah terkumpul di bahagian pinggang. Ia juga boleh membawa kepada terjadinya Diabetes Tahap 2.

Hormon Thyroid dalam tubuh wanita juga boleh membawa masalah. Fungsi hormon ini ialah mengawal bagaimana tubuh membakar kalori. 

Jika kelenjar thyroid tidak menghasilkan hormon yang mencukupi, akan terjadi "hypothyroidism". Ini akan menghalang proses penyingkiran lemak.
.
.

5. Masalah Berkaitan Tidur

Ramai wanita yang mengalami masalah kurang tidur. Apabila kurang tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon "cortisol". Hormon ini akan meningkatkan selera makan.

Hasil kajian menunjukkan wanita perlukan sekurang-kurangnya 7 jam untuk tidur yang mencukupi. 

Tidak dapat dinafikan, memang agak sukar untuk kaum hawa dapat tidur yang cukup kerana hampir semua wanita menjalani rutin kehidupan yang sibuk dengan bekerja dan menjaga keluarga.
.
.
.