Ingin Cepat Kuruskan Badan? Jangan Tinggalkan Sarapan
Ramai juga yang meninggalkan sarapan pagi kerana beranggapan ianya boleh membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.
Ini adalah teori yang salah sama sekali.
Sarapan amat penting kerana ia adalah perkara pertama dalam rutin harian yang akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh anda.
Metabolisma yang tinggi akan membakar lemak dengan lebih efisyen. Ini akan mempercepatkan proses menurunkan berat badan anda.
Tidak pasti apa itu metabolisma? Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di dalam post ini => "Metabolisma - Faktor Paling Penting Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat"
Tubuh yang diberi makanan yang betul pada masa yang tepat akan bekerja dengan lebih baik untuk membakar lemak berlebihan. Disamping itu, proses ini juga akan menghasilkan tenaga.
Sarapan yang betul akan menghasilkan kadar metabolisma yang tinggi sepanjang hari!
Jika anda tinggalkan sarapan, anda akan cepat berasa lapar kemudiannya. Perut yang lapar akan menyebabkan tubuh rasa lemah.
Tubuh yang lemah lazimnya akan lebih cenderung untuk makan makanan yang bergula untuk mendapatkan tenaga segera.
Oleh kerana kadar metabolisma anda rendah sebab tidak bersarapan, proses pencernaan makanan akan perlahan.
Akibatnya, manisan yang dimakan akan mudah terkumpul sebagai lemak berlebihan yang menyebabkan kegemukan.
Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, usaha anda untuk kuruskan badan dengan cepat akan bertambah sukar.
Apa yang anda perlu amalkan ialah memerhatikan apa yang dimakan dan kadar pengambilannya. Makanan yang baik jika diambil berlebihan JUGA boleh mendatangkan masalah.
Sederhana adalah kuncinya.
.
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment