Seorang jurulatih bernama Bob Harper ada menyatakan di dalam majalah 'Time' bahawa sememangnya wujud beberapa sebab mengapa wanita lebih sukar untuk kuruskan badan dengan cepat berbanding lelaki.
Berikut adalah diantara 5 daripada sebab yang dinyatakan di laman web livestrong.com.
Anda mungkin akan terkejut dengan sebab nombor 2.
.
.
1. Perbezaan Tubuh dan Metabolisma
Secara semulajadi, tubuh lelaki memiliki lebih banyak otot. Tubuh wanita pula mempunyai lebih banyak lemak. Lebih banyak otot akan menyebabkan metabolisma tubuh lebih tinggi.
Seperti yang pernah saya nyatakan dalam post sebelum ini, metabolisma yang lebih tinggi akan lebih mudah membakar lemak dengan cepat.
( Hmm...kaum hawa, mahukah anda membina otot untuk cepat kurus? ...)
.
.
2. Pengaruhi Emosi
Tidak dapat dinafikan, wanita sememangnya lebih beremosi. Menurut hasil kajian yang diterbitkan di dalam “Proceedings of the National Academy of Sciences”, wanita lebih sukar mengawal keinginan untuk makan ketika beremosi jika dibandingkan dengan lelaki.
Ramai wanita didapati gemar makan apabila mereka kesunyian, murung dan tertekan (stress).
Ini merupakan salah satu faktor utama yang menyukarkan wanita menurunkan berat badan.
.
.
3. Kerap makan Tanpa Sedar
Seorang pakar diet, Marisa Sherry berpendapat, kebanyakan wanita tidak sedar tentang lebihan kalori yang mereka makan sepanjang hari.
Tabiat gemar makan sambil menonton TV atau membaca boleh menyebabkan wanita tidak sedar mereka makan dengan banyak, walaupun mereka sebenarnya tidaklah begitu lapar.
.
.
4. Beberapa Masalah Kesihatan Asas
Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita mengalami satu masalah yang dipanggil "Sindrom Ovari Polycystic", atau PCOS. Masalah ini juga ada kaitan dengan paras gula dalam darah yang menyebabkan lemak mudah terkumpul di bahagian pinggang. Ia juga boleh membawa kepada terjadinya Diabetes Tahap 2.
Hormon Thyroid dalam tubuh wanita juga boleh membawa masalah. Fungsi hormon ini ialah mengawal bagaimana tubuh membakar kalori.
Jika kelenjar thyroid tidak menghasilkan hormon yang mencukupi, akan terjadi "hypothyroidism". Ini akan menghalang proses penyingkiran lemak.
.
.
5. Masalah Berkaitan Tidur
Ramai wanita yang mengalami masalah kurang tidur. Apabila kurang tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon "cortisol". Hormon ini akan meningkatkan selera makan.
Hasil kajian menunjukkan wanita perlukan sekurang-kurangnya 7 jam untuk tidur yang mencukupi.
Tidak dapat dinafikan, memang agak sukar untuk kaum hawa dapat tidur yang cukup kerana hampir semua wanita menjalani rutin kehidupan yang sibuk dengan bekerja dan menjaga keluarga.
.
.
.
No comments:
Post a Comment