Air Kosong Boleh Bantu Kuruskan Badan?



Ramai yang mengabaikan kelebihan minum air kosong. Walaupun panggilannya 'air kosong', kelebihannya sangat 'power' sebenarnya.

Minum air kosong, sama ada air mineral, air bertapis ataupun air masak adalah cara mudah untuk meningkatkan kesihatan disamping boleh membantu untuk kuruskan badan dengan cepat.

Ia juga membantu penghadaman. Penghadaman yang lancar baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Dalam masa yang sama, perut kita akan rasa 'penuh'.

Jika anda terasa nak mengudap (mengunyah-ngunyah kerepek ubi, kacang atau yang sebagainya), cuba minum segelas penuh air kosong terlebih dahulu. Ada masanya kita mudah terkeliru apa sebenarnya yang tubuh kita minta. Perut kita cuma rasa 'kosong'.

Akibatnya, kita mengudap. Ini dengan mudah tambah 400 atau 500 kalori yang boleh jejaskan usaha anda nak turunkan berat badan. Sedangkan rasa 'kosong' tadi boleh dipenuhi dengan hanya segelas air.

Jika anda masih terasa lapar 15 minit selepas minum air kosong, barulah anda boleh makan. Pilihlah makanan yang betul. Makan buah adalah lebih baik daripada kerepek ubi atau kentang goreng sebagai kudapan.

Apatah lagi kalau kentang goreng tu dari McD. Lagi bahaya...

Elakkan minuman ringan (bergas) atau apa juga minuman yang mengandungi pemanis tiruan. Meninggalkan minuman bergula adalah diantara cara paling mudah untuk anda mula amalkan permakanan yang betul dan perbaiki kesihatan diri dengan cepat.

Suatu kajian yang dilakukan oleh The Institute of Medicine menyatakan bahawa kadar yang baik untuk minum air kosong dalam sehari adalah:

Lelaki - 3 liter atau 13 gelas

Perempuan - 2.2 liter atau 9 gelas
.
.
.

No comments:

Post a Comment