Jika anda terasa berat badan anda sudah mula naik, ada beberapa cara berkesan yang boleh membantu untuk mula mengurangkan lemak yang sudah terkumpul itu.
Antara cara terbaik untuk memulakan proses menyingkirkan lemak supaya dapat kuruskan badan ialah mula makan banyak buah-buahan.
Buah-buahan juga adalah diantara sumber karbohidrat yang terbaik. Karbohidrat dari buah-buahan akan membuatkan anda rasa kenyang. Anda juga tidak perlu bimbang akan risiko lemak akan berkumpul.
Kurangkan kabohidrat ringkas seperti gula dan tepung. Ia amat cepat diserap oleh sistem penghadaman tubuh, mengakibatkan terjadinya lebihan karbohidrat. Ini akan melambatkan usaha anda untuk kuruskan badan.
Lebihan kabohidrat ini akan bertukar menjadi lemak terkumpul. Untuk mengimbangi lebihan kabohiodrat ini, tubuh perlu menghasilkan insulin yang banyak.
Secara normalnya, tubuh tidak akan dapat menghasilkan insulin yang mampu mengimbangi lebihan kabohidrat.
Ini bukan sahaja menyebabkan proses untuk kuruskan badan menjadi semakin lambat, malah boleh menyebabkan penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis.
Di samping itu, buah-buahan juga boleh bantu singkirkan toksin yang merbahaya. Toksin inilah yang membuatkan anda sentiasa rasa lesu, lemah dan kurang bertenaga.
Diantara buah yang terbaik untuk menyingkirkan toksin dalam badan ialah buah epal.
.
.
.